temuduga

Pembahagian Waktu Solat Fardhu

Pembahagian Waktu Solat Fardhu. Kami akan memuatkan pembahagian waktu solat fardhu. Pastinya pembahagian waktu solat fardhu ini akan jadi panduan buat kalian.

1. وقت فضيلة
Waktu Fadhilah, atau waktu paling afdhal iaitu waktu yang dimana seseorang solat pada waktu tersebut maka ia akan mendapat ganjaran pahala kerana solat pada awal waktu tersebut. Bagaimanakah untuk mendapatkan waktu fadhilah ini? Pastinya untuk dapatkan waktu fadhilah ini, seseorang tersebut akan dapat sekiranya dia sudah selesai melakukan perkara-perkara sebab-sebab untuk menunaikan solat seperti menjawan azan, berwuduk, memakai baju, menunggu orang solat jamaah. Kemudian beliau menunaikan solat fardhu. Maka itulah waktu yang fadhilah.

2. وقت اختيار
Iaitu waktu setelah waktu fadhilah sampai pada waktu yang cukup untuk menunaikan solat.

3. وقت جواز
Waktu Jawaz iaitu atau boleh iaitu setelah waktu fadhilah sama dengan waktu ikhtiar tetapi lebih keci pahalanya .

4. وقت عذر 
Waktu iaiatu kerana terdapat keuzuran dan dibolehkan iaitu musafir atau sakit

5. وقت حرمة
 Iaitu waktu haram, solat di luar waktu atau menunda solat dengan sengaja.

6.وقت ضرورة
Iaitu waktu akhir solat yang seeukuran mengerjakan mengucap takbiratul ihram . Ini terjadi sebab ada penghalang untuk melalakukan solat seperti orang yang telah suci daripada darah haidh pada waktu tersebut. Maka dalam masalah ini orang ini wajib untuk qadha solatnya.