temuduga

PERMOHONAN GURU MARA 2020




PERMOHONAN GURU MARA 2020

SYARAT LANTIKAN
a.Warganegara Malaysia
b. Kelayakan 
i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi 
pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh 
Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau 
ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf 
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau 
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
iii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada 
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang 
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
iv. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian 
tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan 
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau
v. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada 
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang 
diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf 
dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60] 
c. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) 
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf 
setaraf dengannya oleh kerajaan;
d. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 
mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa 
Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus 
Bahasa Inggeris;
e. Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil 
Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf;

Permohonan dan info lanjut sila tekan link ini