temuduga

Pensyarah Tasmik Darul Quran JAKIM

*PENGUMUMAN*

*Iklan Pengambilan Pensyarah Tasmik Jemputan (PTJ) Darul Quran Jakim*

*MAKLUMAT JAWATAN*

Nama Jawatan :
Pensyarah Tasmik Al Quran Jemputan

Tempoh Perkhidmatan :
Tidak melebihi duabelas (12) bulan. Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga maksimum duabelas (12) bulan lagi.

Tempat Bertugas :
Darul Quran, JAKIM, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

Waktu Bekerja :
Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi (Pensyarah Tasmik Pelajar Diploma)
Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi (Pensyarah Tasmik Pelajar Pensijilan)

Kadar Upah/Elaun :
Berdasarkan kelayakan :
1. Ijazah dan setaraf : RM50.00 /jam

2. Diploma dan setaraf : RM 40.00 /jam

*DISKRIPSI TUGAS*

1. Memastikan setiap pelajar berada dalam kelas tasmik bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi pada setiap hari pengajian.
2. Melaksanakan talaqqi, tasmik dan mentahqiq hafazan al quran bagi setiap pelajar kelas masing-masing (Isnin hingga Khamis) dan Program I’adah pada setiap hari Jumaat.
3. Merekod kehadiran pelajar dan sediakan laporan tasmik pelajar dalam buku rekod hafazan.

*KELAYAKAN AKADEMIK*

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 21 tahun dan ke atas dan sihat tubuh badan.
3. Memiliki kelulusan Akademik diperingkat Diploma atau Ijazah dalam bidang Tahfiz Al Quran daripada Universiti Awam/IPTS atau luar negara yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
4. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Calon yang layak adalah dipelawa untuk memohon dengan mengemukakan resume ke alamat emel ke rahim@islam.gov.my

atau

poskan hardcopy resume ke alamat berikut:

Pengarah,
Darul Quran,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Ampang Pecah,
44000 Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor Selangor Darul Ehsan
(u.p. Unit Sumber Manusia)

No. Telefon : 0360635333 / 5387 (Jabatan Tahfiz)

Calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dan dipanggil untuk menghadiri temuduga pada tarikh yang akan dimaklumkan.

http://www.darulquran.gov.my/xs/pengumuman-aktiviti-new.php?pagetype=5&pagetype_text=pengumuman