temuduga

PENGAMBILAN GURU INTERIM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2019

PENGAMBILAN GURU INTERIM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
TAHUN 2019

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Sarawak.

Nama Jawatan : Guru Interim
Tempoh Interim : Tiga (3) tahun sahaja

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS
Calon-calon hendaklah:
1.1 Warganegara Malaysia;
1.2 Sihat tubuh badan;
1.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Ogos 2019;
1.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut PendidikanTinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
1.5 Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/ ; dan
1.6 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
1.7 Keutamaan akan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Tarikh mula pengisian atas talian: 31 Mei 2019
Tarikh tutup permohonan: 12 Jun 2019 sebelum jam 11.59 pm

Untuk keterangan lanjut, sila muat turun iklan pengambilan guru interim di http://bit.ly/iklanguru2019

Pengisian Borang atas talian di http://bit.ly/guruinterim2019