temuduga

PANDUAN PERMOHONAN GURU JAIS

(GURU KAFA JAIS)

SYARAT PERMOHONAN GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

1. Syarat kelayakan untuk menjadi Guru Sambilan Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah seperti
berikut :

(a) Warganegara Malaysia
(b) Keutamaan kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atau telah bermastautin lebih  5 tahun
(c) Umur genap 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun
(d) Sihat tubuh badan
(e) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan :
(i) Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu
(ii) Lulus Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah atau
Lulus Pendidikan Syariah Islamiah atau
Lulus Pendidikan Islam
(iii) Lulus Bahasa Arab Tinggi atau Kepujian Bahasa Arab Komunikasi
(f) Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) atau Diploma atau Ijazah yang menyokong Matapelajaran
Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(g) Bagi guru yang mengajar kelas KAFA Tahfiz hendaklah memiliki Sijil / Diploma Tahfiz yang diiktiraf

2. Unit Pendidikan Islam Daerah memberi keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan seperti
berikut :
(a) Calon lepasan Sekolah Agama Menengah;
(b) Mempunyai pengalaman mengajar
(c) Mempunyai sahsiah Islamiah, pengetahuan dalam Al-Quran, fardhu ain serta tulisan jawi

3. Mana-mana individu yang mempunyai jawatan dalam perkhidmatan awam / swasta dan berhasrat untuk
memohon jawatan Guru KAFA, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada
majikan.

4. Mana-mana individu yang sedang berkhidmat sebagai Guru KAFA di negeri lain
tidak layak untuk memohon jawatan Guru KAFA di Negeri Selangor.

5. Kaedah permohonan
-ambil borang di pejabat agama daerah berdekatan
- mereka akan panggil ke temuduga sekiranya ada kekosongan di perlukan.


Sila like page kami utk info jawatan kosong pengajian islam yang lain pada link https://www.facebook.com/Jawatan-Kosong-Profesion-AgamaIslam-211240569648789/